Trump Akui Coronavirus Tidak Sama Dengan Selesema Biasa!

999

Hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan bahawa risiko wabak pandemik, COVID-19 adalah lebih teruk berbanding selesema biasa.

Sebelum ini, beliau menyatakan bahawa terdapat ramai pihak yang memberi cadangan agar membiarkan sahaja wabak berkenaan kerana ianya sama seperti selesema bermusim. Selain itu, tindakan yang diambil oleh presiden berkenaan seolah-olah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.

Contohnya, Trump mempersoalkan keperluan untuk menutup ekonomi Amerika Syarikat melalui langkah-langkah ‘social distance’ dan sekatan perjalanan. Pada 9 Mac yang lalu, beliau menyatakan bahawa puluhan ribu rakyat negara berkenaan telah mati akibat wabak selesema tahunan. Di samping itu, beliau turut memuatnaik sebuah posting melalui laman twitter yang menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak akan ditutup, kehidupan dan aktiviti ekonomi akan diteruskan seperti biasa.

Melalui sebuah wawancara, beliau sekali lagi menegaskan bahawa negara tersebut tidak akan ditutup walaupun seramai 36,000 individu telah maut akibat wabak selesema itu.

Baru-baru ini, terdapat jangkaan bahawa sekurang-kurangnya 100,000 individu yang maut akibat coronavirus di Amerika Syarikat walaupun langkah ‘social distance’ telah dijalankan. Uniknya, jangkaan itu seolah-olah telah mengubah pandangan pemimpin negara kuasa besar tersebut.

Menurut Trump, jika rakyat Amerika Syarikat tetap meneruskan kehidupan seperti biasa, anda akan melihat orang mati di dalam kapal terbang atau pun di lobi hotel. Bahkan akan menerima berita kematian di seluruh negara!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat