Trump : Amerika Syarikat Akan Teruskan Kembali Rundingan Dengan China!

366

Pada hari ini Trump telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu perdagangan antara Amerika Syarikat dan China bahawa kedua-dua buah negara tersebut akan meneruskan kembali rundingan dalam masa terdekat. Kenyataan ini dikeluarkan selepas ketegangan perdagangan AS-China semakin tegang pada minggu lepas.

Menurut Trump, pihak pentabiran China telah menghubungi beliau semalam dan mengajak pentabiran Amerika Syarikat untuk berunding kembali. Maka dengan itu, kedua-dua belah pihak akan meneruskan rundingan.

Pada Jumaat lepas, Trump telah melakukan tindak balas terhadap tindakan yang dilakukan oleh China dengan meningkatkan tarif ke atas berbilion dolar barangan import China sebagai balasan. Kemudian Trump telah memuat naik kenyataan baru susulan perkara tersebut dengan menzahirkan rasa penyesalan.

Dalam perjumpaan G7 di Biarritz pada hari ini, Trump mengatakan bahawa pihak pentadbiran China telah menelefon beliau. Beliau sifatkan panggilan tersebut adalah panggilan yang sangat positif dan Beijing juga mahukan adakan perjanjian.

Amerika Syarikat sedang mencuba untuk mendesak Beijing agar mereformasi amalan perdagangan mereka. Pihak pentabiran Amerika mengatakan bahawa amalan perdagangan China adalah tidak adil untuk syarikat-syarikat Amerika berikutan isu kecurian hak intelektual.

Dalam perjumpaan G7, negara-negara bersekutu AS telah mendesak Trump dengan memberi amaran bahawa perang dagang menghambat ekonomi global.

Susulan daripada laporan ini, Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.33% pada paras 97.852 setakat jam 09.50 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat