Trump Andaikan China Akan Cuba Tangguhkan Kesepakatan Rundingan

443

Rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China akan kembali bersambung pada minggu ini di Shanghai, China. Pasaran mengharapkan sebarang petunjuk terbaru berkenaan perkembangan rundingan dua ekonomi gergasi dunia ini.

Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin akan memulakan rundingan perdagangan yang baru selama 2 hari di Shanghai bersama Timbalan Perdana Menteri China, Liu He bermula esok iaitu 30 hingga 31 Julai.

Kedua-dua pihak semakin kesuntukan masa untuk membendung masalah pertumbuhan ekonomi global yang semakin merosot. Walaupun pelabur tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk pertemuan kali ini, namun diharapkan terdapat sebarang petunjuk yang baik untuk mengawal pergerakan volatile harga dalam pasaran kewangan.

Menteri Luar China mengeluarkan kenyataan pada hari ini berhubung janji Amerika Syarikat untuk memberikan komitmen dan mewujudkan ruang untuk kesinambungan rundingan pada masa yang akan datang.

Komen yang kurang memberi sokongan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap rundingan kali ini sedikit sebanyak menjejaskan jangkaan pelabur terhadap harapan rundingan mencapai kesepakatan.

Trump mengandaikan bahawa berkemungkinan China akan cuba untuk menangguhkan kesepakatan perjanjian sehingga Trump memenangi pilihanraya pada tahun 2020 nanti. China dilihat tidak terlalu tergesa-gesa untuk mencapai kesepakatan buat waktu ini.

Penganalisis menjangkakan kemungkinan perjanjian pada skala kecil mungkin dicapai terutamanya pada pembelian produk pertanian daripada China dan Amerika Syarikat melegakan sekatan terhadap Syarikat teknologi China, Huawei sebelum ini. Seterusnya, berkemungkinan rundingan bakal diteruskan di Washington pula untuk minggu-minggu yang berikutnya.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat