Trump – AS Akan Menutup Sempadan AS-Kanada Disebabkan Koronavirus!

398

Presiden A.S Donald Trump hari Rabu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan menutup sempadan dengan Kanada buat sementara waktu akibat pandemik koronavirus.

Trump menulis dihalamn Twitter beliau bahawa, ” Kami akan menutup sementara sempadan utara dengan Kanada dan hal ini diputuskan melalui persetujuan bersama.

Pengumuman ini adalah yang paling terkini dan tindakan dramatik yang di ambil oleh kerajaan A.S sejak kebelakangan ini. Hal ini bertujuan untuk meperlahankan penularan wabak koronavirus. Pada hari Isnin, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata beliau akan menutup sempadan negaranya kepada warga asing kecuali rakyat Amerika. Susulan daripada itu, pada hari Selasa, Kesatuan Eropah mengatakan ia akan menutup sempadan luarnya kepada bukan warganegara kerana wabak koronavirus.

Batasan antara Amerika Syarikat dan Kanada adalah sempadan terpanjang di dunia antara dua negara. Pada hari Selasa, Timbalan Perdana Menteri Kanada Chrystia Freedland membincangkan pada sidang media kesan impak penutupan sempadan.

Menurut Freeland, Hampir 200,000 orang menyeberangi sempadan itu setiap hari dan sempadan tersebut merupakan garis besar untuk kedua-dua negara Kanada dan Amerika Syarikat.

Pasaran ekuiti A.S turun dengan mendadak pada hari pagi Rabu apabila pentadbiran Trump meminta tambahan $45.8 bilion dari Kongres untuk menampung kos yang “tidak dijangka” yang ditanggung oleh agensi kerajaan sebagai tindak balas terhadap krisis koronavirus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat