Trump Bakal Bertemu Dengan Persiden China, Xi Jinping – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham Pada Hari Ini!

915

Pada 18 Jun 2019, Bursa Dow Jones telah meningkat 288 mata berikutan prestasi cemerlang syarikat Apple dan Boeing. Bursa S&P 500 melonjak 1.1%, manakala Bursa Nasdaq naik 1.7%.

Trump pada hari ini telah memuat naik status dilaman twitternya bahawa perbualan beliau dengan Xi Jinping melalui telefon berjalan dengan lancar. Trump bakal bermesyuarat dengan presiden China itu pada minggu hadapan dalam perjumpaan G-20 di Jepun. Sidang G-20 akan bermula pada 28 Jun ini.

Menurut penganalisis, tweet Trump tersebut telah merancakkan kembali pasaran dan ia merupakan khabar yang baik. Ramai pelabur mengharapkan perjumpaan pada minggu hadapan akan membuahkan hasil, sekaligus mengurangkan ketegangan perdagangan antara US-China.

Saham-saham semi-konduktur seperti VanEck Vector Semiconductor ETF (SMH) meningkat lebih dari 3%. Manakala saham teknologi seperti Nvidia dan Micron Technology naik melebihi 4%.

Saham Snapchat naik 3.7% pada hari Selasa selepas penganalisis BTIG Rich Greenfield menaikan sasaran harga saham daripada $15 kepada $20. Saham Facebook naik 2.4% selepas Facebook mengumumkan matawang cryptonya yang dipanggil Libra.

Saham Tesla naik 1.9% dimana masih disokong oleh sentimen CEO Tesla, Elon Musk yang mengambil keputusan untuk menghapuskan akaun twitternya.

The Fed dijangka akan mengekalkan kadar faedah. Walaubagaimanapun, mengikut indikator FedWatch oleh CME Group, peratusan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Fed pada mesyuarat 18-19 Jun telah menurun kepada 20.8%. Namun polisi pelonggaran pada mesyuarat Julai masih lagi dijangka tinggi dengan peratusan naik kepada 67.9% untuk penurunan 25 mata asas bagi kadar faedah.

Harapan para pelabur terhadap pelonggaran polisi monetari telah mendorong indeks saham melonjak naik. Pelabur turut memberi tumpuan pada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis ini dengan jangkaan kadar faedah akan dikekalkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat