Trump Bakal Mulakan Tindakan Penyingkiran Pendatang Asing Bermula Minggu Hadapan

457

Presiden Donald Trump berkata pada Isnin bahawa pihak berkuasa Amerika Syarikat akan mula menghapuskan berjuta-juta pendatang asing yang menetap di Amerika secara haram pada minggu hadapan.

Dalam kenyataan terbaru pada akaun media sosial Twitter beliau, Jabatan Kastam dan Imigresen (ICE) Amerika Syarikat akan memulakan proses memindahkan berjuta pendatang haram yang memasuki Amerika Syarikat secara tidak sah. Tindakan tersebut akan dilaksanakan dengan kadar yang segera namun tidak diperjelaskan secara terperinci.

Dianggarkan sekitar 12 juta pendatang asing yang menetap di Amerika Syarikat secara tidak sah, terutamanya dari Mexico dan juga Amerika Tengah.

Dalam perjanjian yang dicapai pada awal bulan ini, Mexico telah bersetuju untuk memindahkan sementara pendatang dari Amerika Tengah yang mencari perlindungan di Amerika Syarikat sehingga kes mereka dibicarakan di mahkamah Amerika Syarikat.

Perjanjian tersebut merangkumi penempatan pasukan pengawal negara untuk menghentikan pendatang Amerika Tengah ke sempadan Amerika Syarikat, bagi menangani ancaman tarif Trump terhadap barangan import Mexico.

Trump juga menulis di akaun Twitternya, Guatemala bakal bersiap sedia untuk menandatangani perjanjian ‘Safe-Third Agreement’.

Timbalan Presiden AS, Mike Pence turut mencadangkan pada minggu lalu bahawa Guatemala boleh menerima pelarian negara jiran yang mencari perlindungan sebagai negara aman ketiga.

Butiran berkenaan cadangan tersebut tidak dibincangkan secara umum dan Guatemala jua tidak lagi mengesahkan rundingan bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat yang akan berlangsung di Guatemala pada Jumaat ini.

Kumpulan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat walau bagaimanapun mengecam tindakan tidak masuk akal Amerika Syarikat itu yang mengatakan Guatemala berupaya untuk melindungi pelarian ketika warga negara mereka sendiri melarikan diri daripada kekerasan.

Mexico bersetuju jika pelaksanaan tindakan untuk membendung masalah imigrasi tersebut gagal, mereka akan berbincang untuk menandatangani perjanjian ‘safe-third country’ bersama Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat