Trump Beri Amaran Kepada China Untuk Bertanggungjawab!

696

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran kepada China untuk menanggung akibat jika didapati bersalah atas penyebaran wabak pandemik Covid19.

Jika sebelum ini hubungan antara dua negara ekonomi gergasi itu dilihat baik kerana AS banyak bergantung kepada China dalam mendapatkan peralatan perlindungan bagi staf perubatan AS dan berkali-kali memuji tindakan China, ledakan wabak menyebabkan Trump seakan tidak mahu negara itu melepaskan tangan.

Menurut Trump, salah tetap salah. Jika China didapati bertanggungjawab ke atas pandemik ini, mereka perlu menanggung akibatnya.

Trump tidak menjelaskan tindakan apa yang bakal dikenakan ke atas negara China. Namun, buat masa sekarang White House sedang memerhatikan situasi tersebut agar tidak keterlaluan memandangkan Trump juga mahu kesepakatan dalam perdagangan antara dua negara itu berjaya.

Menurutnya lagi, wabak tersebut mungkin boleh dihentikan di China sebelum ia merebak ke tempat lain. Perkara sebaliknya berlaku apabila China bertindak sambil lewa dan seluruh dunia sedang menanggung derita.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut berang dengan tuduhan China menyatakan virus tersebut adalah berasal daripada barisan tentera AS. Disebabkan itu, Trump telah mengambil tindakan dengan menyekat sumbangan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) kerana menganggap mereka terlalu menyebelahi China.

Pada waktu yang sama, Trump mendapati cuba untuk membuang tanggapan buruk ke atas kekurangan dirinya dengan memanfaatkan sentimen anti-China yang semakin meningkat dalam kalangan pengundi untuk pilihan raya semula tahun 2020.

Ketegangan hubungan dua negara ini tidak seharusnya berlaku ketika dunia memerlukan kesepakatan bersama menangani wabak Covid19.

Namun Trump terus menimbulkan persoalan, “Adakah kesalahan itu di luar kawalan atau disengajakan? Terdapat dua perbezaan besar antara keduanya.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat