Trump Beri Tekanan Terhadap Fed – Indeks US Dolar Menunjukkan Pengukuhan

452

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah sedikit dan menunjukkan pengukuhan pada paras 96.83 setakat jam 10.00 p.m

Selepas mencatat paras tertinggi 2 hari iaitu pada 97.30, Indeks US dolar menunjukkan penyusutan berikutan komentar Presiden Fed Boston, Eric Rosengren yang menyatakan bahawa tidak ada alasan yang kukuh untuk The Fed mengurangkan kadar Faedah.

Pada hari ini, menerusi laman Twitter beliau, Trump telah menggesa Federal Reserve agar mengurangkan kadar faedah dalam minit mensyuarat minggu hadapan. Trump mengkritik bahawa dengan negara yang hampir tiada inflasi, disisi lain AS seperti diasak untuk kadar faedah yang lebih tinggi dari negara lain hanya disebabkan tindakan Fed yang tidak terpandu.

Pada ketika ini pasaran menjangkakan kadar faedah akan dikurangkan dalam mesyuarat minggu hadapan walaubagaimanpun sebesar mana pelarasan tersebut masih belum pasti.

Disisi lain, ahli jawatankuasa AS R.Lighthizer dan S.Mnuchin akan melawat China pada minggu hadapan bagi meneruskan rundingan dagangan.

Dalam kalander ekonomi hari ini, Indeks Aktiviti Fed Chicago ialah pada bacaan -0.02 . Tersasar dari jangkaan yang mensasarkan pada 0.10.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat