Trump Bertegas Untuk Buka Sektor Ekonomi Meskipun Belum Pulih Dari COVID-19!

593

Sehingga hari ini, Amerika Syarikat telah mencatatkan kes positif COVID-19 lebih 1 juta dengan jumlah kematian mencecah lebih 70,000. Walau bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bertegas untuk pembukaan semula sektor ekonomi negara berkenaan secepat mungkin meskipun lebih ramai rakyat yang bakal dijangkiti virus berbahaya itu.

Selain itu, beliau telah menzahirkan rasa kecewa apabila negara di bawah pimpinannya itu berhadapan dengan kemeseletan ekonomi yang berpunca dari penularan wabak coronavirus sekaligus mengakibatkan lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat kehilangan pekerjaan serta menjejaskan pendapatan negara itu.

Bukan itu sahaja! Trump turut menyeru negara-negara lain agar membuka kembali sektor ekonomi mereka. Apa yang lebih mengejutkan ialah White House didakwa telah mengadakan perbincangan bagi membubarkan pasukan petugas coronavirus setelah mereka memberikan nasihat kepada presiden itu agar mempertimbangkan semula tindakannya.

Menurut Trump, Amerika Syarikat telah lama mempelopori ekonomi terbesar dunia dan kini, adalah masa yang sesuai untuk pembukaan semula. Di samping itu, beliau turut menyifatkan rakyat Amerika sebagai pejuang.

Namun begitu, sebuah analisis tinjauan mendapati bahawa terdapat 69% rakyat negara berkenaan yang begitu bimbang dengan jangkitan wabak COVID-19.

Persoalannya, adakah pembukaan semula sektor ekonomi negara ini akan mendapat respon yang baik daripada rakyatnya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat