Trump Dan Xi Jinping Bakal Tandatangani Perjanjian Perdagangan Fasa 1 Bulan Ini

237

Dagangan dolar Amerika diniagakan meningkat berbanding matawang safe-haven yen pada sesi Asia hari ini dipacu oleh sentimen perdagangan yang optimis apabila Presiden AS Donald Trump memberitahu beliau dan Presiden China Xi Jinping dijangka akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama pada bulan ini.

Beliau memberitahu bahawa kedua-dua negara akan mengadakan upacara rasmi untuk menandatangani perjanjian yang dikatakan sudah siap dan kini sedang diterjemah.

Jurucakap Kementeri Luar China, Geng Shuang berkata bahawa kedua-dua belah pihak kini sedang membincangkan secara terperinci mengenai pengaturan untuk menandatangani perjanjian dan kerja-kerja susulan lain.

Sementara itu, pembelian kacang soya China dari Amerika Syarikat dilaporkan meningkat 2.56 juta tan daripada sifar pada tahun sebelumnya dan 1.1147 juta tan pada Oktober, berikutan pengecualian tarif yang tinggi untuk beberapa kargo dari AS telah dikeluarkan oleh Beijing.

Matawang US dolar telah mencatat peningkatan kira-kira 1.6% pada tahun ini seperti diukur oleh indeks dolar yang dilihat memperoleh manfaat data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih baik daripada negara-negara lain yang mengalami kemerosotan.

Namun begitu, sejak ketegangan perdagangan antara dua negara ekonomi gergasi itu mulai reda, dapat dilihat bahawa pelabur beralih ke matawang yang sensitif terhadap isu perdagangan, misalnya dolar Aussie dan New Zealand yang kekal diniagakan tinggi berbanding US dolar pada sesi Asia hari ini.

Matawang dolar Aussie dan New Zealand lebih cenderung untuk memberi reaksi lebih baik apabila terdapat sentimen positif dalam perdagangan global dan ekonomi China.

Mengikuti perkembangan di Eropah, kejatuhan matawang pound berikutan peningkatan kebimbangan terhadap no-deal Brexit kembali mempamerkan peningkatan pada awal sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat