Trump Disaman Langgar Hak Pindaan Pertama Syarikat Media Sosial?

594

Kumpulan penyokong tegar yang disokong industri teknologi telah mendakwa Presiden Donald Trump semalam di atas kesalahan memberi perintah khas menggubal undang-undang yang melindungi platform atas talian termasuk syarikat media sosial yang mengenakan label semak fakta ke atas penulisan di media sosialnya.

Center for Democracy & Technology (CDT) yang berpangkalan di Washington menjelaskan dalam tuntutannya bahawa perintah khas Trump secara tidak langsung melanggar hak Pindaan Pertama syarikat media sosial. Timbul isu ini berikutan daripada tindakan Twitter yang mengubah salah satu kicauan beliau dan tindakan beliau dianggap sebagai balas dendam terhadap laman sosial itu kerana menggunakan hak tersebut.

Tuntutan tersebut juga menekankan bahawa perintah khas Trump akan menyebabkan platform lain menerima kesan daripada keterbukaan mereka ke atas hak kebebasan bersuara dan membataskan ucapan oleh calon lain dalam talian termasuk akan mengurangkan kebebasan masyarakat Amerika untuk bersuara dalam talian.

Trump yang merancang untuk mengawal platform media sosial di mana beliau menerima kritikan berkata, dia akan memperkenalkan rang undang-undang yang memansuhkan atau melemahkan undang-undang yang melindungi syarikat internet termasuk Twitter dan Facebook. Presiden CDT, Alexandra Givens menyifatkan perintah khas tersebut menghalang laman sosial memerangi kandungan palsu yang disiarkan oleh pengguna, penindasan pengundi dan kewujudan keganasan di platform mereka.

Rang undang-undang yang diperkenalkan merupakan sebahagian daripada perintah khas Trump yang ditandatangani pada Khamis lalu. Trump telah menyerang Twitter kerana laman sosial tersebut mengenakan label semak fakta ke atas kicauannya yang dikatakan mempunyai maklumat palsu mengenai undi bersurat.

Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Daerah Columbia pada Selasa merupakan tuntutan pertama yang diambil ke atas perintah khas pemerintah itu. Perintah tersebut ditandatangani pada minggu lepas, mampu menarik perlindungan ke atas liabiliti laman sosial di bawah Seksyen 230 Akta Komunikasi dan Tatasusila. Manakala, rang undang-undang tersebut akan didrafkan oleh Peguam Negara, William Bar.

Di bawah undang-undang termaktub ketika ini, syarikat internet seperti Twitter mempunyai perlindungan tinggi dari sebarang tuntutan yang melibat kandungan yang disiarkan oleh pengguna mereka mnggunakan platform tersebut.

Kicauan daripada Twitter menjelaskan tindakan Trump yang mengikis undang-undang secara sebelah pihak mampu mengancam kebebasan bersuara dalam talian pada masa akan datang. Buat masa ini, White House dan Jabatan Kehakiman tidak memberi sebarang komen mengenai tuntutan tersebut.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat