Trump Label China Sebagai ‘Champion’ Dalam Memanipulasi Matawang

44

Trump melabel China sebagai ‘Champion’ dalam memanipulasi matawang pada Khamis selepas beberapa jam  Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin berikrar untuk menganalisis cara yang digunapakai oleh China dalam polisi matawang mereka.

Dalam temubual ekslusif bersama Reuters, beliau tidak lupa dengan China yang memanipulasi matawang walaupun tidak menyatakan perkara itu pada hari pertama memasuki pejabat di White House.

“Saya rasa, mereka adalah ‘Grand Champion‘ dalam soal memanipulasi matawang. Saya tidak akan membiarkan perkara ini, Lihat saja apa yang akan berlaku”. Kata Trump.

Dalam kempen pilihanraya beliau tahun lepas, Trump banyak mendakwa dan menuduh China menurunkan nilai Yuan supaya ia lebih murah berbanding US dolar agar eksport mereka lebih murah. Hal ini juga diandaikan beliau sebagai mencuri pekerjaan di Amerika.

Tetapi dalam temubual CNBC bersama Steve Mnuchin (Setiausaha Perbendaharaan US), beliau menyatakan dalam soal melabel China sebagai memanipulasi matawang, dia akan mengikuti proses yang biasa dijalankan bagi menganalisis cara yang digunapakai oleh sesetengah rakan dagang US.

“Kita ada proses yang biasa dijalankan oleh Perbendaharaan di mana kita akan mengkaji manipulasi ini di seluruh dunia. Kita akan melihat perkara ini, seperti mana ia digunakan sebelum ini,” Kata Mnuchin. “Kita tidak akan membuat sebarang dakwaan sebelum kita menjalankan proses ini”.

Dakwaan Trump ini sudah tentu memberi sedikit kecelaruan kepada Mnuchin berikutan beliau akan berada dalam mesyuarat pertama bulan hadapan bersama menteri-menteri kewangan G-20 di Baden Baden, Jerman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat