Trump Luluskan Penangguhan Tarif, Bakal Beri Manfaat Kepada Syarikat AS

676

Presiden Donald Trump dilaporkan akan menandatangani pelan yang meluluskan penangguhan tarif AS ke atas barangan dari negara-negara yang mempunyai status perdagangan istimewa selama tiga bulan, untuk membantu meredakan impak ekonomi akibat coronavirus.

Pelan ini dikatakan tidak akan dilaksanakan ke atas barangan dari China dan Eropah, tertakluk kepada pelaksanaan mengikut Seksyen 301 atau Seksyen 232.

Bagaimanapun, masih tidak jelas mengenai bila Trump akan menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan tarif tersebut.

Sebaik sahaja ditandatangani, ia akan memberi kuasa kepada Jabatan Perbendaharaan AS untuk mengarahkan Kastam dan Perlindungan Sempadan untuk menangguhkan pelaksanaan tarif import tersebut selama 90 hari.

Kira-kira 400 syarikat di seluruh negara telah menggesa Trump supaya menangguhkan pelaksanaan tariff selama 90 sehingga 180 hari bagi memudahkan mereka mengawal aliran tunai dalam berdepan dengan krisis coronavirus.

Menteri perdagangan dari Amerika Syarikat dan ekonomi utama G20 telah bersetuju pada hari Isnin, untuk mengekalkan pasaran terbuka dan memastikan aliran berterusan dalam bekalan perubatan, kelengkapan serta barangan keperluan yang penting.

Penasihat perdagangan White House, Peter Navarro minggu lalu menafikan laporan bahawa pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan langkah pelonggaran tarif yang lebih luas, termasuk barangan dari China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat