Trump Mahu Bangunkan Semula Ekonomi Amerika Walaupun Kes COVID-19 Masih Tinggi!

840

Dagangan matawang US dolar kembali menunjukkan penurunan berbanding safe-haven yen pada sesi Asia, selepas mencatat peningkatan yang disokong oleh data PMI pembuatan yang lebih baik daripada jangkaan pasaran.

Bacaan PMI pembuatan AS sememangnya dijangka akan merosot pada kadar yang lemah pada bulan Mac dan ini dapat dilihat apabila ia dicatatkan menyusut kepada 49.2 daripada 50.7. Bagaimanapun, bacaan yang dicatatkan ini lebih baik daripada unjuran untuk menurun kepada 42.8.

Selain itu, sektor perkhidmatan AS pula menjunam kepada 39.1 daripada 49.4 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, tersasar daripada jangkaan pasaran untuk menyusut kepada 42. Ini didorong oleh kejatuhan terbesar perniagaan baru dalam tempoh 11 tahun berikutan kelemahan permintaan pelanggan domestik dan asing ekoran wabak COVID-19.

Perkembangan mengenai coronavirus terus menguasai sentimen, di mana angka kes telah melebihi, 400,000 dan 18,892 kematian. Kes jangkitan di Amerika Syarikat meningkat kepada 54,823 dengan tambahan 11,074 sehari, dan melibatkan 775 kematian.

Namun begitu, Presiden AS Donald Trump mengeluarkan kenyataan bahawa aktiviti ekonomi di negara itu akan beroperasi semula dan akan kembali kepada normal secepatnya sebelum Easter Sunday, iaitu pada 12 April.

Sementara itu, matawang pound diniagakan stabil berbanding USD walaupun dengan bacaan PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang mengalami kejatuhan ketara pada bulan Mac.

Matawang euro kembali meraih peningkatan selepas susut berbanding US dolar berikutan laporan PMI menunjukkan penguncupan ketara dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan di zon Eropah yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Sesi pasaran Asia juga menyaksikan, dolar Aussie dan kiwi terus diniagakan meningkat berbanding US dolar, disokong oleh permintaan terhadap matawang berisiko susulan pelaksanaan pelonggaran kuantitatif tanpa had daripada Federal Reserve AS (Fed).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat