Trump Mahukan Rundingan Terpisah, Kedudukan NAFTA Semakin Tegang?

562

Presiden Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk mengadangkan rundingan perdagangan yang terpisah dengan Kanada dan Mexico tetapi beliau tidak merancang untuk keluar daripada perjanjian NAFTA. Kata penasihat ekonomi, Larry Kudlow.

Menurut Kudlow, Trump pada ketika ini tekad untuk mengadakan rundingan perdagangan terpisah. Idea Trump ialah bagi mewujudkan perdagangan dua hala yang lebih adil sesama negara NAFTA.

Kanada dan Mexico pada hari Selasa kedua-duanya mengulangi komitmen mereka untuk mengekalkan perjanjian perdagangan 1994.

Tambah Kudlow, Trump tidak mempunyai hasrat untuk keluar NAFTA. Apa yang beliau cuba lakukan ialah mencuba pendekatan berbeza. Bilakah masa tersebut dilaksanakan , belum diketahui namun kemungkinan secepatnya.

Para perunding telah mencapai kesepakatan 9 bahagian daripada 30 bahagian dan US telah mendesak agar perjanjian diluluskan dalam Kongres. Hal ini memerlukan persetujuan antara negara secepat mungkin. Senator Parti Republik, John Cornyn, berkata pada hari Isnin bahawa ruang yang ada semakin tertutup dan perbincangan dijangka akan terus berjalan perlahan.

Mana-mana 3 negara tersebut boleh keluar daripada NAFTA dengan 6 bulan notis. Namun setakat ini belum ada negara yang membuat hal itu kecuali Trump yang membuat ancaman.

Matawang Kanada jatuh ke paras terendah 2 1/2 bulan lalu iaitu pada C$1.3068/1 US dolar. Namun matawang itu mengukuh sedikit selepas media melaporkan bahawa Steven Mnuchin mengatakan Trump mungkin mengecualikan Kanada daripada Tarif.

Mexican peso jatuh keparas terendah 15 bulan lalu.

Mexico merespon tindakan Trump yang ingin mengenakan duti import ke atas logam dengan pengenaan tarif terhadap produk Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat