Trump Mohon Dana Kecemasan Coronavirus, Pelosi Kata “Sudah Terlambat”

475

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan telah memohon dana kecemasan yang bernilai $2.5 bilion daripada Kongres, dalam usahanya memerangi wabak coronavirus.

Menurut White House, lebih daripada $1 bilion dana akan disumbangkan kepada usaha untuk pembangunan vaksin, sementara selebihnya akan digunakan untuk rawatan serta penyediaan peralatan perlindungan seperti penutup hidung dan mulut (mask).

Walau bagaimanapun, tindakan Trump itu kemudiannya ditempelak oleh Speaker Dewan Perwakilan A.S, Nancy Pelosi yang menyatakan permintaan tersebut sudah terlambat dan ia tidak mencukupi untuk skala kecemasan ketika ini.

Tindakan Trump juga dikritik oleh ahli Demokrat yang menyatakan presiden itu tidak mempunyai rancangan dan pemahaman jelas mengenai bagaimana untuk bertindak balas dalam situasi sebegini.

Ini merujuk kepada kejatuhan ketara dalam pasaran Wall Street semalam yang menyaksikan indeks saham Dow Jones yang jatuh lebih 1,000 mata, menjadikannya sebagai penurunan harian terburuk dalam tempoh 2 tahun.

Bagi menjawab kritikan ke atasnya, Trump menulis di laman twitternya dengan berkata; coronavirus sangat terkawal di Amerika Syarikat dengan kerjasama dari semua pihak dan negara berkaitan.

Sementara dalam kenyataan yang sama, beliau juga melihat pasaran saham berada dalam keadaan yang sangat baik.

Negara-negara di seluruh dunia kini juga sedang mempertingkatkan usaha untuk mencegah penularan wabak maut itu yang kini telah menjangkiti 80,154 orang dan mengakibatkan angka kematian meningkat kepada 2,703 orang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat