Trump Ni Malu-malu Pula Nak Mengaku Biden Menang

720

Donald Trump dilihat mengakui secara terbuka untuk pertama kalinya bahawa Presiden terpilih, Joe Biden memenangi pilihan raya baru-baru ini.

Melalui pernyataan peribadi yang tidak dijangka itu, Trump menulis di laman Twitternya bahawa Joe Biden menang kerana pilihan raya tersebut adalah penipuan.

Tidak lama selepas itu, Trump kemudiannya dengan tegas mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tetap tidak akan mengalah.

Sejak kemenangan Biden diumumkan oleh media negara itu, Trump telah mengambil tindakan undang-undang dengan mendakwa terdapat unsur penipuan dalam pengiraan undi di negeri-negeri utama, tetapi sehingga kini beliau masih belum memberikan bukti untuk menyokong pendakwaannya.

Pada hari Jumaat, pegawai pilihan raya mengatakan bahawa pemilihan Presiden pada 3 November adalah yang paling selamat dalam sejarah Amerika Syarikat dan tidak ada bukti bahawa terdapat unsur penipuan dalam pengundian tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat