Trump Pernah Cuba Memecat Robert Mueller Penyiasat Khas Siasatan Penglibatan Rusia Dalam Pilihanraya Presiden 2016

829

Presiden Trump pernah mengarahkan pemecatan Robert Mueller (penyiasat khas) yang sedang menyiasat hubungkait kempen pilihanraya Trump dengan Rusia. Hal ini dilaporkan oleh The New York Times pada Khamis. Menurut laporan itu, empat individu yang tahu tentang perkara mengakui arahan pemecatan Mueller tetapi dihalang oleh penasihat White House yang mengancam untuk meletakkan jawatan jika Mueller dipecat.

Ini adalah kali pertama berita tentang arahan pemecatan Mueller oleh Presiden Trump ke luar di dada akhbar. Mueller merupakan bekas pengarah FBI sebelum James Comey yang juga telah dipecat oleh Presiden Trump tahun lalu kerana menyiasat kaitan Rusia dengan kempen pilihanrayanya.

Ketika ini Robert Mueller sedang menyiasat pegawai dan bekas pegawai White House tentang potensi Presiden Trump menghalang keadilan dengan memecat beberapa pegawai termasuk bekas Pengarah FBI James Comey.

Selepas laporan penyiasatan Robert Mueller terhadap potensi halangan keadilan oleh Trump, presiden AS itu mula mengkritik Mueller yang mempunyai 3 konfilik kepentingan yang membatalkan beliau dalam membuat siasatan ini.

Arahan pemecatan Robert Mueller tidak dituruti oleh penasihat White House Donald F. McGahn yang enggan menyampaikan perkara itu kepada Jabatan Keadilan untuk tindakan seterusnya pemecatan Mueller. Beliau berkata, dia lebih sanggup berhenti daripada memecat Mueller.

Ty Cobb yang menguruskan urusan White House dan pejabat Robert Mueller berkata dalam kenyataannya, ” Kami tidak mahu memberi komen tentang perkara ini.”

McGahn yang merupakan peguam kewangan Republikan juga adalah peguam penting dalam kempen pilihanraya Trump. Beliau banyak terlibat dalam pembuatan keputusan penting oleh Presiden Trump termasuk pemecatan James Comey tahun lalu.

McGahn sebenarnya bimbang pemecatan Mueller akan menyebabkan lebih banyak persoalan timbul tentang sama ada White House cuba untuk menghalang siasatan penglibatan Rusia dalam pilihanraya presiden pada 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat