Trump Puji Tindak Balas China Dalam Menangani Wabak Koronavirus – Ini Sentimen Pasaran Terkini!

432

US dollar pada hari ini mencatat pengukuhan sehingga hampir kepada paras tertinggi 2020 berikutan peningkatan pertambahan bilangan perkerjaan dan kekhuatiran terhadap penularan wabak koronavirus yang menjadi pertelingkahan antara China dan AS telah sedikit berkurangan.

Pakar ekonomi, Doug Duncan berpendapat bahawa the Fed berkemungkinan akan mengekalkan kadar faedah kerana tiada apa-apa yang dapat mengubah perspektif mereka.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak pada paras 98.360 setakat jam 11.15 p.m.

Disisi matawang Kanada juga mencatat pengukuhan apabila sektor pekerjaan Kanada mencatat pertumbuhan untuk dua bulan berturut-turut, membantu mengatasi kebimbangan bahawa pasaran buruh yang lemah mungkin memaksa Bank Pusat Kanada untuk menurunkan kadar faedah dengan segera.

Ekonomi Kanada menambah sebanyak 34,500 pertambahan kerajaan pada bulan Januari seperti yang dilaporkan Jabatan Statistik pada hari Jumaat. Bacaan yang dilaporkan mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan sebanyak 17,500 pekerjaan baru. Disisi lain, kadar pengangguran turun sedikit kepada 5.5% pada bulan ini dari bacaan 5.6% yang dikecapi pada bulan Disember. Bacaan gaji juga mencatat peningkatan kepada 4.4%.

Pertambahan pekerjaan yang dicatat pada hari ini telah mengimbangi bacaan yang dicatat pada bulan November yang lepas, dimana sebanyak 54,400 pekerjaan telah dikurangkan. Susulan daripada berita tersebut matawang CAD telah naik 0.2% kepada C$ 1.3308 berbanding US dolar.

Matawang Euro mula mencatat penyusutan selepas mengukuh dan kini didagangkan pada paras 1.0963 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat