Trump ‘Rosakkan’ Agensi Keselamatan – Biden

279

Calon Presiden, Joe Biden menegaskan beberapa agensi keselamatan Amerika Syarikat (AS) berdepan kesan buruk di tangan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Menurut Biden, pasukannya tidak mendapat maklumat yang diperlukan termasuk informasi daripada Jabatan Pertahanan, sewaktu beliau dalam proses pengambilalihan kuasa ketika ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat bersama sekutu dasar luar dan keselamatan nasional.

Ujar Biden, pasukannya berdepan ‘sekatan’ daripada Jabatan Pertahanan serta Pejabat Pengurusan dan Bajet.

“Ketika ini, kami tidak mendapatkan semua maklumat yang kami yang diperlukan daripada pentadbiran kerajaan ini dalam hal ehwal keselamatan nasional.

“Pada pendapat saya, ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab,” katanya.

Tambah beliau, pasukannya perlu mendapatkan gambaran jelas tentang kekuatan ketenteraan AS di seluruh dunia dan menegaskan musuh AS akan cuba memanfaatkan kekeliruan dalam kerajaan AS ketika ini.

“Banyak agensi yang kritikal terhadap keselamatan kita telah mengalami kesan buruk,” menurut Biden.

Terdahulu, Trump memecat Setiausaha Pertahanan, Mark Esper sejurus pilihan raya kerana Esper enggan mematuhi arahannya untuk mengarahkan tentera agar ‘bertempur’ dengan petunjuk perasaan anti perkauman.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat