Trump Sah Kalah, Peguam Negara AS Letak Jawatan

437

Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), William Barr akan meletakkan jawatannya minggu hadapan selepas Dewan Pemilihan (Electoral College) mengesahkan kemenangan Joe Biden ke atas Presiden Donald Trump dalam pilihan raya Presiden baru-baru ini.

Menurut Trump, Timbalan Peguam Negara, Jeff Rosen akan bertindak sebagai pemangku peguam negara selepas Barr meletakkan jawatan.

“Hubungan kami sangat baik, beliau telah melakukan tugas dengan hebat!” kata Trump menerusi Twitter.

Dalam pada itu, pentadbiran White House memaklumkan kepada Reuters bahawa Barr meletakkan jawatan atas kemahuannya sendiri.

Ujar Barr, beliau akan secara rasminya melepaskan jawatannya pada 23 Disember kelak.

Sebelum ini, Trump melemparkan kemarahan terhadap Barr di Twitter selepas Wall Street Journal melaporkan Barr mengetahui tentang siasatan melibatkan cukai oleh anak Biden iaitu Hunter pada awal tahun ini.

Selain itu, Barr juga tidak menyokong dakwaan Trump bahawa wujudnya penipuan dalam kiraan undian ketika pilihan raya.

Malahan, pasukan undang-undang Trump turut menuduh Barr gagal menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap dakwaan Trump itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat