Trump Tegas Memulihkan Kembali Tarif Ke Atas Barangan Import Brazil Dan Argentina!

0 444

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengeluarkan kenyataan pada hari Isnin bahawa beliau akan segera memulihkan kembali pengenaan tarif keatas barangan import besi dan aluminium dari Brazil dan Argentina. Beliau telah mengkritik negara-negara tersebut kerana mengurangkan matawang mereka sehingga merosakkan pendapatan para petani A.S. Dalam masa yang sama beliau juga menggesa the Fed agar melonggarkan dasar monetari.

Saham pasaran baru muncul dan pasaran yang terkait dengan peso Mexico jatuh ke paras terendah susulan kenyataan Trump walaupun tiada butiran rinci yang diberikan mengenai tindakan perdagangan tersebut.

Tulis Trump di halaman Twitter beliau, “Brazil dan Argentina telah mengamalkan penyusutan matawang negara mereka, dimana hal ini tidak baik untuk para petani A.S. Justeru dengan tindakan ini, saya dengan serta-merta akan memulihkan pengenaan tarif pada semua jenis besi dan alumunium yang dihantar ke A.S dari negara-negara tersebut”.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah memberi komentar bahawa beliau akan berunding dengan pemimpin Amerika Syarikat dan juga membincangkan mengenai pengisytiharan menteri ekonomi Brazil.

Dalam masa yang sama Trump juga menggesa Rizab Persekutuan (the Fed) untuk bertindak dengan sepatutnya menghalang negara-negara lain mengambil kesempatan dengan menurunkan matawang negara sendiri demi mendapat keuntungan ekonomi.

Trump sebelum ini telah berulangkali mengesa the Fed agar mengurangkan kadar faedah ke paras sifar dengan menghujahkan bahawa negara seperti Eropah dan beberapa negara lain yang mengamalkan kadar faedah sifar dapat meningkatkan kelebihan ekonomi.

Walaubagaimanpun, para penggubal polisi the Fed enggan untuk mengikut langkah-langkah yang diamalkan oleh bank pusat lain. Jawatakuasa bank pusat A.S dijangka akan mengadakan mesyuarat pada 10-11 Disember ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.