Trump Terkena Jangkitan Wabak Koronavirus? Apakah Bakal Terjadi Jika Ia Benar?

2,846

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sehingga kini belum mendapatkan apa-apa bentuk permeriksaan COVID-19 ke atas dirinya, sehingga membuatkan kebanyakkan orang tertanya-tanya apakah dirinya terkena wabak korona atau tidak.

Berdasarkan laporan CNN, Trump telah berada dalam acara yang sama dengan individu yang terjangkiti wabak koronavirus. Walaupun Trump tidak bersemuka secara langsung dengan individu tersebut namun ramai ahli-ahli kumpulan beliau telah bertemu dengan individu tersebut.

Menurut laporan Reuters, Presiden A.S tersebut belum menerima pemeriksaan COVID-19 kerana setakat ini beliau belum bertemu secara langsung dengan sesiapaun yang terjangkiti COVID-19 atau memiliki simptom koronovirus.

Pada Mac 6 yang lalu, Trump telah melawat Georgia dan bersalaman dengan Doug Collins, dimana beliau telah bertemu dengan individu yang dijangkiti Covid-19 di CPAC. Wujudnya individu terjangkiti juga disahkan oleh media-media utama.

Persoalannya apakah akan terjadi jika Presiden Donald Trump dijangkiti koronavirus?

Andai kata selepas melakukan pemeriksaan dan Trump disahkan positif, Trump akan dikuarintin dan dirawat. Justeru gerak kerja yang harus dilakukan oleh presiden akan mula perlahan. Jika keadaan beliau bertambah teruk maka terdapat kemungkinan Mike Pence akan menjadi Presiden sementara. Hal ini pernah berlaku semasa era Ronald Reagan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat