Trump Terus Mengkritik Rancangan Penurunan Kadar Faedah The Fed!

566

The Fed akan melakukan pertemuan dengan ahli angota FOMC bagi membahas polisi monetari pada 31 Julai 2019.

The Fed dijangka tidak akan meneruskan polisi monetarinya secara agresif dengan menurunkan kadar faedah sebesar 50 Bps kerana the Fed lebih cenderung untuk menurunkan kadar faedah bagi mengatasi masalah kelembapan ekonomi dan beberapa isu lain. Berdasarkan soal selidik yang dikeluarkan oleh CME Fedwatch, kadar faedah dijangka akan diturunkan sebesar 25 Bps.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, 73% menjangkakan penurunan kadar faedah akan diturunkan sebanyak 25 mata asas dan 27% menjangkakan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

Hal ini telah mengundang lebih banyak kritikan daripada Presiden AS Donald Trump terhadap Federal Reserve. Beliau mengatakan penurunan kadar faedah yang kecil tidak cukup untuk mendorong pertumbuhan ekonomi AS dan Trump turut menyebutkan bahawa The Fed terlalu berhati-hati dibandingkan yang dilakukan terhadap China.

Menurut pengerusi the Fed Jerome Powell, Amerika Syarikat dihimpit dengan ketidak pastian dalam pertumbuhan global dan perdagangan terus membebankan prospek ekonomi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit kukuh pada paras 97.852 setakat jam 10 pm.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat