Trump Tidak Menyalahkan China, Yang Bersalah Adalah Kerajaan US Sebelum Ini

102

Berdasarkan laporan pada Khamis, Presiden Donald Trump menyatakan bahawa beliau tidak menyalahkan China berkenaan hubungan perdagangan yang tidak adil antara China dan U.S. Pendirian beliau semasa lawatan ke Asia berbeza denagan pendirian sebelum ini yang menyatakan bahawa perdagangan ini adalah berat sebelah dan menyalahkan China sebagai punca.

Trump memberi ucapan di Beijing dan menyifatkan bahawa apa yang China lakukan adalah demi kebaikan rakyatnya sendiri iaitu dengan mengambil sikit manfaat daripada U.S.

Trump malah menyelar bahawa yang salah adalah kerajaan U.S sebelum ini, walaupun beliau menyifatkan hubungan perdagangan itu tidak adil.

Lawatan itu juga menghasilkan perjanjian perniagaan yang baru antara U.S dan China. Perjanjian sebanyak $250 billion berjaya dipersetujui.

Pada tahun lepas, kedua-dua buah negara itu mencatat jumlah perdagangan sesama sebanyak $648 billion. Namun perdagangan itu berat kearah China dengan U.S mencatat defisit sebanyak $310 billion.

Perjanjian sebanyak $250 billion itu merangkumi minyak syal dan gas, gas asli dan beberapa projek pengangkutan udara.

Antara perjanjian US-China yang diumumkan pada minggu ini adalah seperti berikut:

  • Perjanjian $37 billion antara Boeing dan China Aviation bagi 300 kapal terbang.
  • $43 billion pelaburan melibatkan gas asli di Alaska.
  • $12 billion antara Qualcomm dengan Xiaomi, OPPO dan Vivo.
  • $5 billion perjanjian kacang soya antara industri kacang soya U.S dan pengimport China.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat