Trump Tolak Rundingan Perdagangan Baru Bersama China

554

Presiden AS Donald Trump memberitahu bahawa beliau tidak akan mengadakan semula rundingan perjanjian perdagangan fasa 1 bersama China.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan laporan media tempatan China yang melaporkan beberapa penasihat kerajaan telah menggesa untuk mengadakan rundingan baru dan mungkin akan membatalkan perjanjian sedia ada.

Trump, yang pada mulanya dikatakan telah mempertimbangkan untuk menamatkan kesepakatan yang dicapai dalam perjanjian fasa 1, memberitahu dalam satu taklimat di White House pada Isnin bahawa beliau ingin melihat sama ada Beijing akan memenuhi komitmennya untuk membeli barangan AS seperti yang dijanjikan.

Apabila ditanya sama ada beliau akan bersetuju untuk mengolah semula perjanjian fasa 1, Trump terus berkata bahawa beliau tidak berminat walaupun mengetahui bahawa China sedang berusaha untuk membuka semula rundingan perdagangan untuk mendapatkan perjanjian yang lebih baik bagi mereka.

Terdahulu, The Global Times melaporkan bahawa terdapat beberapa penasihat yang mempunyai hubungan rapat dengan perjanjian tersebut, mencadangkan kepada pegawai China supaya membatalkan perjanjian fasa 1 dan mengadakan rundingan baru.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas laporan tersebut diterbitkan, pengimport China dilaporkan telah meningkatkan pembelian sekurang-kurangnya 4 kargo atau 240,000 tan kacang soya dari Amerika Syarikat untuk penghantaran bermula bulan Julai.

Tambahan daripada itu, pada hari ini, Kementerian Kewangan China telah mengeluarkan senarai kedua pengecualian tarif baru ke atas 79 barangan import AS yang akan berkuatkuasa 19 Mei, selama satu tahun.

Di bawah perjanjian fasa 1 yang ditandatangani pada bulan Januari, Beijing telah berjanji akan membeli sekurang-kurangnya $ 200 bilion barangan dan perkhidmatan AS selama dua tahun sementara Washington bersetuju untuk menurunkan tarif secara berperingkat ke atas barang-barang China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat