Tuah Kraken, Abu Dhabi Luluskan Lesen Beroperasi Dalam Pasaran!

293

Kraken yang merupakan salah satu bursa pertukaran kripto terbesar dunia mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah mendapat kelulusan untuk beroperasi di Abu Dhabi. Ini menandakan pengembangan pasaran kripto yang semakin pesat di rantau Timur Tengah.

Langkah itu diumumkan oleh pihak berkuasa pendaftaran pasaran Abu Dhabi. Bursa pertukaran itu adalah antara yang pertama menerima lesen untuk mengendalikan pertukaran aset digital yang dikawal selia dari Pusat Kewangan Pasar Global Abu Dhabi, kata pengawal tersebut.

Pengumuman tersebut diumumkan di tengah-tengah usaha yang semakin meningkat oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjadi bandar kripto. Abu Dhabi pada tahun 2018 meluluskan peraturan yang mesra kripto, ini telah menarik ramai dalam kalangan pemain utama pasaran kripto untuk turut mengambil bahagian.

Menurut pengatur pasaran, Kraken telah menubuh ibu pejabat Timur Tengah di Abu Dhabi dimana ia mempunyai lebih daripada 9 juta pengguna di seluruh dunia. Bursa pertukaran tersebut dijangka akan membenarkan pelabur untuk berdagang kripto secara langsung di UAE.

Curtis Ting, pengarah urusan EMEA di Kraken memuji UAE kerana mempunyai undang-undang yang mesra kripto dan menyatakan bursa pertukaran itu bercadang untuk mengembangkan lagi pasaran di Timur Tengah dan wilayah Afrika Utara pada masa akan datang.

Pencapaian yang dicapai Kraken dilihat telah mengatasi Bursa Pertukaran Kripto terbesar dunia, Binance dimana Binance hanya memegang lesen prinsip untuk beroperasi di Abu Dhabi.

Walaubagaimanapun, harus dimaklumi bahawa kedua-dua bursa pertukaran Binance dan Kraken baru-baru ini telah memperoleh lesen untuk beroperasi di Dubai, satu lagi hab kripto di UAE. Dubai juga merupakan antara bandar utama yang meluluskan undang-undang mesra kripto untuk menarik lebih banyak pelaburan.

UAE setakat ini menduduki tempat ketiga dalam mengintegrasikan kripto di Timur Tengah, ketinggalan di belakang Turki dan Lubnan berdasarkan laporan 2021
oleh Firma Analytics Blockchain Chainalysis.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat