Tuah November, Gala Games (GALA) Meroket Lebih 1,000%!

920

Macam tak masuk akal tetapi Gala Games (GALA) buktikan potensinya dengan lonjakan lebih 1,078% sepanjang November.

GALA terus mencatatkan peningkatan harga dan telah menyentuh paras harga tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.84 sebentar tadi.

Ketika penulisan, aset ini didagangkan pada $0.78, meningkat hampir 5% dalam 24 jam, tetapi susut lebih 4% dari ATH terbaru.

Apa yang berlaku?

Seperti biasa, lonjakan GALA berkait dengan penyenaraiannya di dua platform pertukaran mata wang kripto utama, termasuk Binance.

Dijangka industri permainan kripto akan terus berkembang bermula tahun ini sehingga 2025, menyentuh nilai pasaran $125.6 bilion.

Gala Games juga tidak terkecuali, menyertai pertumbuhan ini bersama-sama permainan kripto yang lain.

Ringkasan Gala Games (GALA)

  • Dibangunkan di Ethereum
  • Diperkenalkan oleh pengasas bersama syarikat permainan mudah alih, Zynga – terkenal dengan permainan seperti Farmville, Mafia Wars, dan Cafe Ville.
  • Dilancarkan dengan tujuan untuk memberi ruang kepada penggunanya lebih kawalan terhadap permainan tersebut.
  • Pemain Gala Games juga boleh memiliki non-fungible token (NFT) yang akan mempengaruhi permainan mereka, termasuk mengundi permainan baharu.
  • Buat masa sekarang Gala Games cuma memiliki permainan yang dikenali sebagai Town Star, menyamai konsep Sim City.
  • Lebih banyak permainan baharu akan dilancarkan kelak.

CoinMarketCap menyifatkan Gala Games memiliki ekosistem permainan yang unik dan memiliki pengurusan pentadbiran yang berpengalaman.

Pelaburan terhadap token GALA sangat berbaloi jika projeknya terus berkembang dan sudah pasti ia mengambil masa untuk mencapai misinya.

Bagaimanapun jika pembaca berminat untuk melabur di dalam GALA, pastikan anda sudah mengkaji aset ini selengkapnya. #DYOR.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat