Tugas Berat Menanti Sri Lanka Untuk Memujuk IMF Bagi Pinjam Duit

255

‘Biasalah mana ada orang nak bagi pinjam duit free je.’

Krisis politik yang membawa keruntuhan ekonomi Sri Lanka terus menambah derita apabila Presiden, Ranil Wickremesinghe kini berusaha memenangi sokongan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam memperolehi dana bantuan.

Dikatakan bahawa Wickremesinghe akan mengurangkan perbelajaan pertahanan dan item lain-lain dalam belanjawan pertamanya untuk mengukuhkan kedudukan kewangan bagi memujuk IMF supaya terus menyalurkan dana bantuan.

Sebagai konteks, situasi Covid-19 telah menjejaskan ekonomi Sri Lanka yang bergantung kepada pelancongan dan mengurangkan kiriman wang daripada pekerja di luar negara.

Perkara tersebut secara tidak langsung membawa kepada kenaikan harga minyak, pemotongan cukai populis dan larangan 7 bulan ke atas import baja kimia telah memusnahkan pertanian.

Isu tersebut memuncak sehingga rakyat Sri Lanka bertindak menggulingkan kerajaan dan memaksa Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri, kemudian digantikan dengan Wickremesinghe bersama hutang berbilion dolar.

Berbalik ke topik asal, Wickremesinghe yang memegang portfolio kewangan akan membentangkan belanjawan Sri Lanka yang pertama sejak pengambil alihan dengan tugas utamanya adalah menyokong semula ekonomi.

Menurut sumber, beliau akan mengurangkan ‘beratus bilion’ Rupee dalam perbelanjaan pertahanan  kepada parlimen bagi mengukuhkan skor kunci kira-kira negara sebagai bukti kemampuan cagaran terhadap IMF kemudian hari.

Dikatakan bagi Presiden baru itu akan menggariskan langkah penyokongan komuniti berpendapatan rendah yang terjejas teruk dilanda krisis serta dijangka akan mengumumkan cukai baharu untuk mengecilkan defisit fiskal.

Dalam pada itu, pasukan IMF telah bertemu pegawai Sri Lanka minggu lepas dan merancang untuk mengadakan perjanjian peringkat kakitangan bagi melanjutkan perbincangan terhadap pinjaman kecemasan kira-kira $3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat