Tumpuan Pasaran Hari Ini Terarah Kepada Pengumuman Dasar Monetari ECB

999

Matawang Dolar pada hari ini didagangkan merosot berbanding matawang utama yang lain ekoran kebimbangan pasaran mengenai pertumbuhan global, penutupan kerajaan Amerika Syarikat dan perbincangan perdagangan AS-China.

Menurut ketua pegawai operasi di Rakuten Securities, Nick Twidale, ketegangan perdagangan adalah faktor paling dominan untuk sentimen pelabur sekarang. Bukan itu sahaja, penutupan A.S berlanjutan terlalu lama dan pasaran ingin melihat ianya berakhir. Beliau juga menambah bahawa matawang komoditi seperti dolar Australia boleh bergerak lebih tinggi jika isu ini diselesaikan sekaligus akan memberi sentimen yang positif kepada pasaran.

Tambahan lagi, kebimbangan pertumbuhan global juga menimbulkan ketidaktentuan dalam pasaran kewangan selepas Tabung Kewangan Antarabanga (IMF) menurunkan ramalan pertumbuhan global untuk tahun 2019 dan 2020 memandangkan kelembapan yang lebih besar daripada jangkaan di China dan zon Eropah dan berkata kegagalan untuk menyelesaikan ketegangan perdagangan dapat menjejaskan lagi ekonomi global yang sedang meleset.

Beralih kepada laporan Bank of Japan (BoJ) semalam, BoJ mengekalkan dasar monetari mereka namun mengurangkan unjuran inflasi dan memberi amaran mengenai risiko yang semakin meningkat kepada ekonomi atas faktor isu ketegangan perdagangan yang tiada kata putus dan permintaan global yang menyusut.

Dalam perkembangan di Britain pula, Sterling diniagakan meningkat selepas perjanjian Theresa May diramalkan terjejas dan ditolak oleh Parlimen sekaligus memberi tanda-tanda bahawa permohonan UK untuk keluar Kesatuan Eropah akan terbatal dan boleh memberi kelebihan kepada matawang tunggal GBP.

Tumpuan pasaran pada hari ini akan beralih kepada dasar monetari oleh Bank Pusat Eropah (ECB) pada jam 8:45 malam ini dimana jangkaan pasaran adalah kekal pada 0.00%. Pelabur menjangkakan ECB akan terus dovish dan mengekalkan dasar monetari yang longgar untuk jangka masa yang panjang. Hal ini telah ditunjukkan oleh data inflasi yang lemah serta aktiviti ekonomi yang merosot di luar jangkaan di Jerman dan Perancis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat