Tumpuan Pelabur Sebentar Nanti Akan Beralih Kepada Mesyuarat ECB.

722

Permulaan pasaran hari ini dimulakan dengan data dari Jepun. Indeks harga pengeluar Jepun naik 1.3 peratus tahun ke tahun pada Mac 2019, meningkat daripada peningkatan 0.8 peratus pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran 1.1 peratus. Ini bakal mencerminkan kadar inflasi yang baik di Jepun.

Matawang Aussie hari ini diniagakan dengan positif. Indeks sentimen pengguna di Australia meningkat sebanyak 1.9% pada bulan April 2019, pulih daripada kejatuhan 4.8% pada Mac lalu, didorong oleh Bajet Persekutuan 2019 dengan pelepasan cukai menjadi faktor utama.

Bukan itu sahaja, AUD juga disokong oleh komen yang positif oleh Timbalan Gabenor RBA iaitu Guy Debelle. Beliau menekankan bahawa pasaran tenaga kerja lebih baik daripada jangkaan dan harga dalam pasaran perumahan mulai menurun. Ini sedikit sebanyak memberi bayangan bahawa RBA tidak akan menurunkan kadar faedahnya dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan di pasaran Eropah pula, dagangan pasaran kelihatan agak pasif menjelang mesyuarat ECB serta lawatan Perdana Menteri Theresa May ke Brussels di mana Kesatuan Eropah dijangka menawarkan kepada UK satu tahun lanjutan Brexit dan ini boleh dianggap satu sentimen positif buat UK.

Tumpuan pasaran setakat ini akan tertumpu pada sidang media ECB yang dijadualkan pada jam 8:30 malam sebentar nanti. Pasaran lebih berminat untuk melihat ucapan Gabenor ECB Mario Draghi mengenai hala tuju bank pusat tersebut selepas ini ekoran terdapat kelembapan yang mendadak dalam aktiviti ekonomi zon Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat