Tun M Kembali Ke Bersatu, Adakah ‘Plot Twist’ Akan Berlaku?

1,252

Kemelut politik di Malaysia semakin hangat dan masih berpanjangan hingga ke hari ini. Seluruh dunia digemparkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan dengan itu, pelbagai spekulasi telah dikeluarkan dan mencetuskan tanda tanya semua pihak khususnya rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja! Tun M turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Isnin yang lalu.

Kini, Perdana Menteri Interim itu dikhabarkan telah kembali ke Bersatu dan memegang jawatan sebagai Penasihat. Hal itu disahkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Seterusnya, beliau mendedahkan bahawa segala perkembangan lain akan diumumkan kemudian. Adakah rakyat Malaysia akan menerima lebih banyak kejutan selepas ini?

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu dikhabarkan menerima sokongan penuh daripada ahli parti berkenaan untuk menarik semula keputusan tersebut dan kembali mengetuai mereka.

Adakah peristiwa ini menjadi petunjuk bahawa Tun M akan kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia? Bagaimana pula respon rakyat Malaysia nanti? Pasti ramai yang menantikan kesudahan kepada ‘drama’ politik yang tercetus ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat