Tun M Malu Dengan Sikap Pelajar, Hutang PTPTN Kini Berjumlah RM36 Billion

700
Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis menyatakan kekecewaan dan malu dengan sikap peminjam Perbadanan Tabung Penndidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mana jumlah keseluruhan berjumlah RM36 billion.

 

Perdana Menteri berkata beliau malu dengan sikap sebegini kerana peminjam-peminjam tidak punya rasa tanggungjawab apabila mereka diberi kepercayaan.

 

“Kadang-kadang, kita merasakan orang di Malaysia tidak begitu boleh dipercayai. Contohnya, untuk memberi pelajaran kepada mereka, kita menyediakan biasiswa, kita berikan wang untuk mereka belajar supaya mereka boleh mendapat pendapatan yang lebih baik untuk meningkat taraf hidup.

 

 

“Kita telah mengumpul RM36 billion pinjaman PTPTN. Saya berasa malu, tetapi mereka tidak. Mereka mendapat gaji, mereka boleh bayar tetapi mereka rasa tidak perlu membayarnya,” demikian kata Perdana Menteri semasa ucapan yang disampaikan di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Tambah beliau, rakyat Malaysia perlu belajar untuk meniru sikap orang Jepun untuk menjadi lebih berjaya, seperti mempunyai sikap malu, kerja keras, boleh dipercayai dan tidak terlalu ketinggalan di belakang. Beliau juga bercadang untuk membina satu Universiti Jepun di Malaysia.

 

“Ia begitu menelan kos untuk kita pergi belajar ke Jepun dengan kos sara hidup yang tinggi. Jika kita membina universiti di sini, ia akan menjadi lebih murah dan pelajar dari negara miskin juga boleh datang dan belajar di sini.”

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat