Tunggu! Jangan Sekat Dulu TikTok

236

Seorang hakim mengeluarkan injuksi sementara yang menghalang sekatan terhadap muat turun aplikasi TikTok pada masa akan datang.

Lapor BBC, aplikasi terbabit berdepan sekatan daripada gedung aplikasi Apple, App Store dan Android, Google Play bermula 11.59 malam waktu Amerika Syarikat (AS).

Pengguna sedia ada di AS masih boleh menggunakan aplikasi tersebut namun mereka tidak boleh memuat turun TikTok sekiranya ia dipadam daripada telefon mereka selain tidak akan menerima kemaskini terbaharu.

Hakim Mahkamah Daerah untuk Daerah Columbia, Carl Nichols mengeluarkan injuksi berkenaan pada petang semalam atas permintaan TikTok.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh TikTok, mereka berasa gembira dengan keputusan itu dan berjanji mahu mempertahankan haknya.

“Kami gembira dengan keputusan mahkamah yang bersetuju dengan hujah undang-undang kami dan mengeluarkan injuksi yang menghalang sekatan TikTok,” kata kenyataan berkenaan.

TikTok menyatakan sekatan yang dibuat secara paksaan itu telah melanggar Pindaan Satu Dan Lima Perlembagaan AS.

Tambah TikTok, menyekat sebahagian pengguna untuk memuat turun aplikasi itu telah menghalang kebebasan mereka untuk bersuara serta hak TikTok turut dilanggar kerana tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri sendiri terlebih dahulu.

Kerajaan AS sebelum ini mendakwa TikTok menjadi ‘lidah rasmi’ kepada Parti Komunis China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat