Tunggu Waktu Ini Kalau Nak Beli Tiket Kapal Terbang Lagi Murah!

625

Harga tambang penerbangan laluan domestik dijangka kembali kepada paras sama seperti tahun lalu menjelang November ini, bergantung kepada perkembangan pandemik Covid-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong ketika berucap sewaktu persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ka Siong, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan pengawal selia dan pemegang saham bagi mencari jalan untuk memastikan pengguna dapat membeli tiket dengan harga yang murah.

Tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sarawak melonjak melebih RM1,000 pada bulan lalu, namun menurun kepada RM200-400 baru-baru ini.

Dalam perkembangan berlainan, industri penerbangan Malaysia dianggarkan merekodkan kerugian sebanyak RM13 bilion sepanjang tahun ini susulan Covid-19.

Ujar Ka Siong lagi, pengendali lapangan terbang dilihat turut mencatatkan kerugian sebanyak RM2.1 bilion tahun ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat