Tuntutan Pengangguran AS Jatuh Keparas Terendah 9 Bulan Pada Minggu Lepas!

507

Jabatan Buruh US melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) berkurangan kepada sembilan bulan rendah pada minggu lepas. Data ini menunjukkan bahawa pasaran buruh kekal kukuh dan akan mengekalkan perkembangan ekonomi A.S.

Walaubagaimanapun, ekonomi dijangka akan kekal bertumbuh secara sederhana dengan data produktiviti yang dikeluarkan pada hari Khamis kurang daripada jangkaan pada suku keempat namun masih mencatat peningkatan.

Pertumbuhan produktiviti yang perlahan adalah satu sebab ekonomi sedikit susah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pentadbiran Trump iaitu pada kadar 3% setahun. Ekonomi A.S telah bertumbuh pada kadar 2.3% pada tahun 2019 iaitu kadar pertumbuhan paling perlahan dalam tiga tahun.

Tuntutan awal faedah pengganguran berkurangan sebanyak 15,000 kepada 202,00 bagi minggu berakhir pada 1 Februari, bacaan terendah sejak April lalu. Pakar ekonomi sebelum ini menjangkakan tuntutan pengangguran akan mencecah kepada bilangan 215,000 bagi minggu lepas.

Menurut kaji selidik Reuters, para ahli ekonomi menjangkakan NFP akan mencatat peningkatan sebanyak 160,000 pekerjaan pada bulan Januari selepas meningkat sebanyak 145,000 bilangan pekerjaan pada bulan Disember. Peningkatan bilangan pekerjaan boleh datang daripada pengambilan pekerja di tapak pembinaan dan industri rekreasi dan perhotelan.

Laporan Pekerjaan Nasional ADP pada hari Rabu menunjukkan gaji swasta meningkat sebanyak 291,000 pekerjaan pada bulan Januari, peningkatan tertinggi sejak Mei 2015, selepas meningkat sebanyak 199,000 pekerjaan pada bulan Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat