Tuntutan Pengangguran Bulan Jadi Indikasi Awal, Ini Perkara Perlu Diketahui Pasaran!

573

Tuntutan baharu untuk faedah pengangguran Amerika Syarikat (A.S) menunjukkan peningkatan ketara kepada paras tertinggi lebih dua bulan minggu lalu namun kekal pada tahap yang konsisten dengan keadaan pasaran buruh yang semakin ketat dan kenaikan gaji selanjutnya yang boleh mengekalkan inflasi pada tahap tinggi buat seketika.

Laporan daripada Jabatan Buruh pada Khamis juga menunjukkan jumlah rakyat Amerika yang mengutip cek pengangguran negeri adalah yang paling kecil dalam tempoh lebih 52 tahun menjelang akhir April. Pakar ekonomi berkata peningkatan minggu lalu dalam tuntutan awal mungkin disebabkan oleh kesukaran penyesuaian data berikutan musim cuti.

Menurut ahli ekonomi JPMorgan Daniel Silver, Tahap terkini pemfailan tuntutan awal masih berada paras yang agak rendah berdasarkan data lepas dan pemfailan tuntutan yang berterusan terus menunjukkan aliran rendah melalui laporan hari ini. Secara keseluruhan, dipercayai bahawa pasaran buruh kekal kukuh.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran meningkat sebanyak 19,000 kepada 200,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 30 April, bacaan tertinggi sejak pertengahan Februari. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan 182,000 permohonan untuk minggu terkini.

Tuntutan pada 200,000 dilihat sebagai data yang konsisten dengan permintaan kukuh untuk pekerja. Bilangan orang yang menerima faedah selepas minggu awal bantuan menurun 19,000 kepada 1.384 juta pada minggu yang berakhir pada 23 April. Ia adalah paras terendah untuk apa yang dipanggil tuntutan berterusan sejak Januari 1970.

Disisi lain, pampasan untuk pekerja Amerika mencatatkan peningkatan terbesarnya dalam lebih tiga dekad pada suku pertama, data kerajaan menunjukkan minggu lepas.

Rizab Persekutuan pada hari Rabu tekag menaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan, kenaikan terbesar dalam 22 tahun dan dalam masa yang sama menyatakan bahawa bank pusat A.S. akan mula mengurangkan pegangan bonnya bulan hadapan dalam menangani bacaan inflasi yang tinggi.

Tuntutan, yang telah menurun daripada rekod tertinggi 6.137 juta pada awal April 2020, akan dipantau dengan teliti untuk tanda-tanda sama ada peningkatan kos pinjaman menyekat permintaan atau tidak. Pasaran menjangkakan bahawa data NFP akan meningkat sebanyak 391,000 pekerjaan pada April selepas meningkat 431,000 pada Mac berdasarkan tinjauan Reuters.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat