Tuntutan Pengangguran Mingguan Kekal Meningkat! Adakah Ini Tanda The Fed Masih Akan Kekalkan Langkah Agresif?

346

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran meningkat kurang daripada jangkaan minggu lepas, menunjukkan pasaran buruh yang masih lagi bertumbuh dan dalam masa yang sama ekonomi pulih lebih cepat daripada yang dianggarkan pada suku ketiga sebelum ini.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran negeri meningkat 2,000 kepada 216,000 pelarasan musim bagi minggu berakhir 17 Disember, lapor Jabatan Buruh pada Khamis. Ahli ekonomi yang ditinjau oleh Reuters telah meramalkan 222,000 tuntutan untuk minggu terkini.

Tuntutan pengangguran telah naik dan turun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, tetapi kekal di bawah ambang 270,000, yang menurut ahli ekonomi adalah sesuatu yang tidak diharapkan. Terdapat pemberhentian pekerjaan dalam sektor teknologi dan industri sensitif kadar faedah seperti perumahan tidak mempunyai kesan material terhadap tuntutan.

Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell minggu lalu berkata ” kita mengalami kekurangan buruh struktur”. Pasaran buruh yang ketat mendorong bank pusat A.S kekal untuk mengetatkan dasar yang agresif, dengan the Fed minggu lepas mengunjurkan sekurang-kurangnya 75 mata asas kenaikan tambahan dalam kos pinjaman menjelang akhir tahun 2023. The Fed elah menaikkan kadar dasarnya sebanyak 425 mata asas tahun ini daripada hampir sifar kepada julat 4.25%-4.50%, yang tertinggi sejak akhir 2007.

Data tuntutan meliputi tempoh semasa kerajaan meninjau pertubuhan perniagaan untuk komponen NFP dalam laporan pekerjaan Disember. Pertumbuhan pekerjaan purata 392,000 sebulan pada tahun ini.

Ahli ekonomi percaya bahawa syarikat berkemungkinan mengurangkan pengambilan pekerja sebelum memulakan pemberhentian. Majikan pada umumnya keberatan untuk memberhentikan pekerja selepas bergelut mencari tenaga kerja semasa pandemik Covid-19.

Laporan tuntutan menunjukkan bilangan orang yang menerima faedah selepas minggu awal bantuan turun 6,000 kepada 1.672 juta pada minggu berakhir 10 Disember.
Beberapa ahli ekonomi, bagaimanapun, telah berhujah untuk tidak membaca kenaikan berterusan dalam tuntutan berterusan sebagai tanda keadaan pasaran buruh yang semakin reda. Mereka ambil perhatian bahawa kebanyakan pekerja memilih untuk tidak memulakan kerja baharu semasa tempoh cuti dan syarikat juga ditutup buat sementara waktu pada kali ini.

Disisi lain, Keluaran dalam negara kasar meningkat pada kadar tahunan 3.2% pada suku lepas, lapor kerajaan dalam anggaran ketiga KDNK. Ianya telah disemak daripada kadar 2.9% yang dilaporkan bulan lepas. Ekonomi telah menguncup pada kadar 0.6% pada suku kedua.

Walaupun kebimbangan terhadap kemelesetan yang semakin meningkat dan kemerosotan pasaran perumahan, anggaran pertumbuhan bagi suku keempat adalah setinggi 2.7%, dengan pengguna melakukan kerja berat, juga disokong oleh penjimatan terkumpul semasa pandemik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat