Tuntutan Pengangguran US Kurang Daripada Jangkaan

44

Jabatan Buruh US melaporkan peningkatan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 233,000 bagi minggu berakhir pada 14 Julai berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 248,000 tuntutan yang telah dikaji semula.

Data yang dikeluarkan ini rendah daripada jangkaan penganalisis sebanyak 245,000 jumlah tuntutan pengangguran.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 124 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Jumlah penduduk yang masih menerima faedah pengangguran ini bertambah kepada 1.977 juta pada minggu berakhir 07 Julai.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat