Turki Dalang Serangan Siber Kerajaan Eropah Dan Timur Tengah?

424

3 pegawai kanan keselamatan Barat mengeluarkan kenyataan bahawa serangan siber yang menyasarkan kerajaan dan organisasi lain di Eropah dan Timur Tengah dipercayai berpunca daripada penggodam yang bertindak demi kepentingan kerajaan Turki.

Menurut sebuah kajian, para penggodam telah menjejaskan sekurang-kurangnya 30 organisasi termasuk kementerian kerajaan, kedutaan dan perkhidmatan keselamatan serta beberapa buah syarikat yang lain. Selain itu, sebuah rekod menunjukkan bahawa perkhidmatan emel kerajaan Cyprus dan Greek serta penasihat kerajaan negara Iraq turut menjadi mangsa.

Serangan yang dilakukan itu melibatkan penggodaman terhadap laman web mangsa yang membolehkan para penggodam mengakseskan ke rangkaian badan kerajaan dan organisai lain. Dalam sebuah kenyataan, 2 orang pegawai British dan seorang pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa operasi tersebut diketuai oleh kerajaan Turki.

Tambahan daripada itu, mereka mendedahkan bahawa penglibatan kerajaan Turki dapat dibuktikan dengan identiti dan lokasi mangsa yang merupakan pemerintah-pemerintah negara yang berkepentingan buat Turki, persamaan dengan serangan sebelum ini dikatakan menggunakan infrastruktur yang didaftarkan dari Turki serta maklumat lain yang terkandung dalam penilaian perisikan sulit yang tidak dapat didedahkan secara terperinci.

Namun begitu, Kementerian Dalam Negeri Turki enggan mengulas tentang isu berkenaan. Salah seorang pegawai kanan negara itu juga bertindak mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa respon tentang isu tersebut sebaliknya mendakwa bahawa negara tersebut turut menjadi mangsa serangan siber.

Walau bagaimanapun, mangsa yang terlibat dengan penggodaman tersebut turut tidak memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes itu.

Seterusnya, seorang jurucakap Pusat Keselamatan Siber Nasional United Kingdom, yang merupakan sebahagian daripada agensi risikan isyarat GCHQ juga enggan memberikan komen mengenai dalang di sebalik serangan siber yang berlaku begitu juga dengan Pejabat Pengarah Perisikan Negara Amerika Syarikat serta Biro Penyiasatan Persekutuan yang tidak mahu memberikan apa-apa maklum balas tentang isu berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat