Turun Lagi, Inflasi Malaysia Paling Rendah 1 Tahun!

706

Malaysia terus menyaksikan penurunan dalam kadar inflasi pada bulan April dengan catatan 3.3% daripada 3.4% yang direkodkan pada Mac.

Ini sekali gus menunjukkan bahawa bacaan inflasi turun ke paras terendah sejak Mei 2022 atau hampir satu tahun, setelah turun dari puncak 4.7% yang dicatatkan pada bulan Ogos.

Sementara itu, inflasi teras (tidak termasuk harga makanan segar dan barangan yang dikawal oleh kerajaan) mencatatkan peningkatan 3.6%, turun daripada 3.8% pada bulan sebelumnya.

Antara penyumbang utama kepada penurunan itu adalah kenaikan harga yang lebih perlahan bagi kedua-dua kategori makanan dan pengangkutan.

Berikut merupakan perincian lanjut mengenai inflasi pada bulan April:

  • Makanan dan minuman bukan beralkohol turun 6.3% daripada 6.9%
  • Sektor pengangkutan susut 2.3% daripada 2.4%
  • Sektor restoran dan hotel jatuh 6.6% daripada 7.2%
  • Sektor penjagaan perumahan, perabot dan perkakasan perumahan kurang 3.0% daripada 3.1%
  • Sektor barangan dan perkhidmatan lain meningkat 2.5% daripada 2.1%
  • Sektor rekreasi dan budaya turun 1.8% daripada 1.9%
  • Sektor perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar kekal 1.6% 
  • Sektor pendidikan susut 1.6% berbanding 1.7%
  • Sektor kesihatan kurang 2.1% daripada 2.2%

Selain itu, inflasi di kawasan bandar jatuh kepada 3.3% berbanding 3.6% sebelumnya dan kawasan luar bandar turut susut pada 2.6% daripada 2.8% sebelumnya.

Malaysia kekal mencatat bacaan inflasi terendah berbanding beberapa negara lain, Eropah (7.0%), Amerika Syarikat (4.9%), Filipina (6.6%), Indonesia (4.3%) dan Korea Selatan (3.7%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat