Turun-Naik Ekonomi Malaysia Sepanjang 2016 Dari Perspektif Bursa Saham

296

Tahun 2016 boleh dikatakan sebagai tahun yang agak ‘volatile (turun-naik) dengan permulaan tahun tersebut FBM KLCI di Bursa Malaysia jatuh sebanyak 2.3% berikutan kebimbangan terhadap ekonomi China. Indeks ini jatuh ke paras 1611.91 dan merekodkan paras terendah pada tahun 2016. Tidak lupa juga kesan daripada kejatuhan harga minyak mentah dunia pada Januari tahun lalu yang mencapai paras terendah dengan minyak Brent (Brent-oil) merekodkan harga $USD 27.70 setong.

Bursa Malaysia akan terus menghadapi cabaran pada 2017 bagi pasaran ekuiti di mana ‘volatility‘ (turun-naik) harga komoditi dan Indeks KLCI adalah penyumbang kenaikan kepada ‘derivatif’. Hal ini dikatakan oleh Maybank Investment Bank Research.

Maybank Investment mengatakan keuntungan bersih Bursa pada tahun kewangan 2016 kurang dari nilai jangkaan sebanyak 3%. Ini menyebabkan keuntungan bersih diturunkan kepada 4% pada tahun kewangan 2017 dan 5% pada 2018.

Sejak FBM KLCI mencecah paras terendah pada minggu ketiga 2016, indeks yang mengukur nilai saham bagi 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia menguat sehinggalah mencapai paras tertinggi pada April 2016 di 1729.13. Hal ini disokong oleh faktor seperti pengurangan ‘Reserve Requirement‘ (keperluan rizab) dari 4% kepada 3.5% oleh BNM. Tindakan BNM ini adalah bagi menambahkan bekalan wang di dalam ekonomi bagi merancakkan aktiviti perniagaan, perbelanjaan dan pelaburan domestik secara tidak langsung.

Pada ketika FBM KLCI mencapai paras tertinggi tersebut Ringgit juga merekodkan nilai tertinggi berbanding  US dolar dengan 1US dolar bersamaan dengan RM3.9927.

FBM KLCI

Sejak mencapai paras tertinggi tersebut pada April, indeks ini didagang dengan berhati-hati berikutan tersebarnya berita bahawa syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan gagal membayar hasil-bon (hutang) berjumlah USD1.75 billion. FBM KLCI susut 1.3% pada 26 April 2016 sehingga ke paras terendah 1611.

Sejak dari itu indeks ini terus didagang dengan berhati-hati dengan harga minyak mentah global mencapai paras $USD 50 setong buat kali pertama dalam masa 7 bulan pada 26 Mei, sehingga menjelang undian Brexit di UK. Sejak undian tersebut FBM KLCI menguat secara berperingkat yang disokong oleh implementasi ‘gaji minimum’ oleh kerajaan dan pemotongan ‘kadar faedah’ oleh BNM dari 3.25% kepada 3%. Dalam tempoh Ogos 2016 indeks ini mencatatkan keuntungan sehingga mencapai 1700.

Pada September sekali lagi indeks ini didagang dalam keadaan ‘volatile‘ (turun-naik) berikutan potensi kenaikan kadar oleh Federal Reserve. Pasaran pesat membangun berhadapan dengan aliran keluar modal termasuklah Malaysia menjelang pilihanraya Presiden US pada November. November mencatatkan kejatuhan sekali lagi dalam FBM KLCI apabila Trump dipilih sebagai Presiden US.

Dalam tempoh pengujung tahun 2016 Ringgit terus diasak oleh ‘external factor‘ dari US dan aktiviti spekulasi Ringgit di pasaran NDF (non-delivarable forward). Berikutan hal ini FBM KLCI juga menerima nasib sama dengan penyusutan selama tiga minggu berturut-turut  dari 24 Oktober sehingga 14 November 2016. Pelabur dilihat mengambil langkah-langkah berjaga-jaga berikutan risiko-risiko ini.

 

Sila ‘share’ jika artikel ini bermanfaat, agar dapat membantu lebih ramai orang Malaysia memahami pergerakan ekonomi Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat