Tutup Premis Dua Minggu, Saham Oriental Food Susut!

252

Saham Oriental Food Industries Holdings Bhd susut ketika sesi dagangan pagi tadi selepas syarikat itu mengumumkan penutupan sementara premisnya di Melaka selama dua minggu atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM).

Saham Oriental Food yang digantung pada pukul 9 hingga 10 pagi tadi, dibuka 0.5 sen atau 0.58% lebih rendah pada 85.5 sen ketika urus niaganya disambung semula.

Sekitar pukul 11 pagi tadi, kaunter itu kekal di paras 85.5 sen dengan 17,500 saham didagangkan.

Menerusi makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat tersebut diarahkan untuk menutup premisnya termasuklah bahagian pejabat, penyelenggaraan, logistik dan keselamatan di Kawasan Perindustrian Air Keroh bermula 7 hingga 21 Julai.

“Kami harus mematuhi arahan kerja yang dikeluarkan oleh KKM.

“Keselamatan dan kesejahteraan para pekerja serta komuniti setempat adalah keutamaan kami untuk membendung keadaan serta melandaikan keluk Covid-19,” ujar kenyataan berkenaan.

Tambah kenyataan itu, syarikat tersebut akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 secara ketat termasuklah melakukan langkah pembersihan berkala dengan ketat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat