Tweet Trump Kepada OPEC : “Turunkan Harga Sekarang!”

730

Presiden Trump menuduh Organization Petroleum Exporting Country (OPEC) telah memandu harga gasolin naik lebih tinggi dan menggesa kumpulan pengeluar minyak itu supaya berusaha menurunkan harga minyak mentah.

Trump di laman Tweeter peribadi beliau menggesa supaya OPEC menurunkan harga. “REDUCE PRICING NOW”! tulis beliau di Tweeter.

Trump cuba memujuk supaya OPEC menurunkan harga sejak beberapa minggu ini. Hal ini kerana kenaikan harga minyak boleh menyebabkan masalah kepada Trump menjelang pilihanraya kongres Amerika Syarikat walaupun pemotongan cukai sebelum ini telah membantu pengukuhan ekonomi.

Dalam tweet beliau pada Sabtu, Trump berkata Raja Salman bersetuju untuk menaikkan pengeluaran minyak sehingga dua juta tong sehari.

Pengeluar minyak terbesar dunia Arab Saudi yang juga ahli terbesar di dalam OPEC telah berjanji kepada Trump untuk menaikkan pengeluaran jika perlu kerana ia masih mempunyai lebihan kapasiti yang boleh digunakan.

Trump menyalahkan OPEC dalam masa yang sama memberi tekanan kepada Eropah supaya tidak membeli minyak daripada Iran.

Menteri OPEC daripada Iran Hossein Kazempour berkata Trump telah menaikkan harga minyak melalui tweet beliau sendiri.

Sehingga kini belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi OPEC iaitu Khalid Al-Falih mahupun Setiausaha Mohamed Barkindo berkaitan dengan gesaan Presiden Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat