Twitch Ingin Terapkan Sistem Pembayaran Berasaskan Bitcoin!

328

Twitch merupkan platform video live streaming yang dimiliki oleh Twitch Interactive, anak syarikat Amazon. Ia diperkenalkan pada bulan Jun 2011 dan kini memiliki lebih 100 juta penonton sebulan.

Baru-baru ini Twitch telah dilaporkan akan meneruskan kembali untuk menerima Bitcoin sebagai salah satu bentuk pembayaran. Sebelum ini, perkhidmatan streaming yang dimiliki Amazon tersebut telah menawarkan pilihan kepada pengguna untuk membayar langganan dalam matawang crypto popular iaitu Bitcoin dan Bitcoin Cash. Walaubagaimanapun, tawaran pilihan untuk membayar dalam BTC dan BCH telah ditarik balik pada awal tahun ini.

Namun, dengan perkembangan matawang crypto yang semakin positif seperti pengumuman matawang crypto, Libra oleh Facebook telah membuatkan Twitch tertarik kembali untuk menghadirkan pilihan pembayaran dengan Bitcoin untuk beberapa pasaran Twitch.

Selain Twitch, Goldman Sachs menerusi kenyataan CEO David Solomon juga percaya bahawa bank pelaburan gergasi tersebut berkemampuan untuk melancarkan matawang crypto sendiri. Solomon dalam temuduga, memberitahu bahawa Goldman Sachs boleh memainkan peranan penting dalam pasaran crypto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat