Twitter ‘Berbulu’ Dengan Trump, Dakwa Sebar Maklumat Tidak Benar

310

Twitter semalam menyekat ciapan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kerana menyebarkan maklumat tidak benar mengenai Covid-19.

Trump menerusi ciapan tersebut mendakwa beliau sudah disahkan sihat dan kebal daripada Covid-19. Ciapan itu bagaimanapun disekat oleh Twitter dan diletakkan penafian (disclaimer) daripada platform media sosial berkenaan.

Menurut jurucakap Twitter, ciapan terbabit melanggar undang-undang Twitter tentang menyebarkan maklumat tidak benar dan boleh memberi kesan buruk berkaitan Covid-19.

Semalam, Trump mendakwa beliau sudah sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 dan tidak akan menjadi penyebar virus tersebut kepada orang lain, sekali gus membolehkan beliau menghadiri perhimpunan kempen pilihan rayanya.

Beliau merancang untuk menghadiri kempen pilihan rayanya di Florida hari ini, diikuti kempen di Pennsylvania dan Iowa esok serta lusa.

Pada 2 Oktober lalu, Trump mengumumkan beliau positif Covid-19. Doktor peribadinya memaklumkan Trump tidak menunjukkan sebarang simptom pada Sabtu lalu.

Bukti saintifik bagaimanapun tidak memberikan gambaran lebih jelas tentang adakah mereka yang pernah dijangkiti Covid-19 terlindung daripada jangkitan untuk kali kedua.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat