Twitter Inc ‘Sumpah Dan Cinta Mati’ Yang Dibenci Jack Dorsey

191

‘Rasanya si Dorsey lepak lama sangat dengan Musk, sampai perangai pun dah nak serupa dah ni.’

Bekas pengasas, mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Twitter Inc mengatakan aplikasi microblogging tersebut merupakan satu penyesalan terbesar dalam hidupnya.

Perkara tersebut di-tweet oleh Dorsey sendiri menerusi laman Twitter peribadi dengan mengatakan masalah dan penyesalan terbesar dalam hidupnya adalah apabila aplikasi ‘burung biru’ menjadi sebuah syarikat.

Dorsey menjelaskan bahawa beliau mengharapkan Twitter kekal beroperasi sebagai sebuah ‘protokol’ dan tidak seharusnya dimiliki oleh sesebuah negara ataupun mana-mana syarikat lain.

Terangnya, andai Twitter adalah protokol maka ia akan beroperasi seperti e-mel yang tidak dikawal oleh satu entiti berpusat dan orang yang gunakan pembekal e-mel berbeza dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Umumnya, Twitter terus diapit pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.

Antara yang paling kontroversi tentunya isu kegagalan perjanjian pemerolehan bersama jutawan Elon Musk yang bernilai $44 bilion.

Kedua-dua pihak dilihat saling menuding jari antara satu sama lain namun kemas kini terbaharu dilihat memihak kepada Musk dengan seorang pemberi maklumat (whistle-blower) mengatakan Twitter mengemukakan maklumat palsu kepada mahkamah.

Dalam pada itu, suka dimaklumkan bahawa ciapan Dorsey tersebut tidak memihak kepada mana-mana pihak sungguhpun jika perjanjian dimeterai, beliau akan menerima $978 juta dari rakan karibnya Musk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat