Twitter Jadi Platform Pertama Aplikasikan Kegunaan Kripto!

408

‘Cayalah, boleh siap-siap beli USDC macam ni.’

Dewasa ini, sebut pasal Twitter pasti tidak lekang dek berita mengenai bidaan jutawan, Elon Musk yang mahu mengambil alih platform media sosial itu sebaik membeli 9.2% saham syarikat.

Ketepikan sebentar perkara itu, Twitter Inc sedang bekerjasama dengan syarikat pemprosesan pembayaran digital, Stripe bagi menguji sistem pendapatan mata wang kripto.

Difahamkan, Twitter dan Stripe akan menjadi perintis kepada usaha pembayaran kripto bagi pengguna terpilih dan pencipta kandungan (creators) untuk produk pengewangan kandungan (content monetization) milik platform tersebut.

Menurut sumber, pencipta di bawah program Twitter Ticketed Spaces dan Super Follows akan perolehi pendapatan dalam bentuk USD Coin (USDC), dalam usaha syarikat menyepadukan ekonomi pencipta kandungan dan meningkatkan hasil.

Ia secara tidak langsung menjadikan Twitter sebagai syarikat pertama yang menyepadukan kemudahan pembayaran kripto dalam dunia.

Kenyataan dari Stripe menerangkan bahawa sistem pembayaran tersebut akan bersandarkan rangkaian Polygon yang menurut syarikat mempunyai kos gas rendah, lebih pantas, berintegrasi dengan Ethereum (ETH) dan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis wallet.

Tambahnya lagi, pencipta boleh memilih sama ada untuk untuk menyimpan baki mereka dalam Polygon atau keluarkan (cash-out) melalui pertukaran kepada ETH.

Berbalik semula kepada Twitter dan Musk, perkara ini mungkin adalah muzik kepada telinga jutawan itu kerana seperti sedia maklum bahawa beliau merupakan peminat mata wang kripto meme, Dogecoin (DOGE).

Andai bidaan Musk diterima dan beliau berjaya mengambil alih Twitter, berkemungkinan besar pengguna mata wang kipto dalam media sosial akan berkembang lebih besar dan mungkin Dogecoin bakal menjadi pilihan lain selain USDC.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat