Twitter Mengaku Bersalah, Terpaksa Bayar $150 Juta

276

‘Patutlah dekat Twitter selalu muncul iklan pelik-pelik, ada agenda tersembunyi.’

Twitter Inc dilihat mengakui dakwaan penyalahgunaan maklumat peribadi pengguna untuk tujuan pengiklanan dan bersetuju untuk membayar US$150 juta kepada mahkamah.

Difahamkan bahawa Twitter sebelum ini telah memperdayakan pengguna dengan mengumpul maklumat peribadi termasuk nombor telefon dan email di bawah ‘security and privacy‘ dan input tersebut telah diberikan kepada syarikat pengiklanan.

Menurut dokumen mahkamah, Twitter melakukan kegiatan tersebut sejak Mei 2013 sehingga September 2019, melanggar Akta Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) dan perlu membayar $150 juta sebagai penyelesaian.

Selain itu, Jabatan Kehakiman turut memerintahkan Twitter supaya menambah baik amalan pematuhannya sebagai syarat lain penyelesaian.

Terang Ketua Pegawai Privasi Twitter, Damien Kieran, syarikat bersetuju untuk membayar penyelesaian tersebut dan memastikan kemas kini operasi mereka mematuhi syarat privasi dan keselamatan yang diperintahkan.

Perkara ini berlaku kerana Twitter adalah perkhidmatan percuma yang menjana wang melalui pengiklanan dan berdasarkan laporan $3.4 bilion hasil pada tahun 2019, lebih kurang $3 bilion disumbangkan daripada pengiklanan.

Dalam pada itu, kes ini turut mendapat perhatian pengguna tegar Twitter, Elon Musk yang masih dalam proses pembelian syarikat ‘burung biru’ itu.

Selepas berita mengenai perkara ini menular, Musk telah menulis ciapan dengan mempersoalkan kredibiliti Twiiter dalam memastikan keselamatan dan privasi penggunanya.

Musk yang masih menangguh pembelian Twitter kerana masalah spam bot dilihat memiliki isu baru untuk dibangkitkan bagi melengahkan lagi pemerolehan syarikat.

Berbalik kepada isu utama, tindakan Twitter yang ‘menjual‘ maklumat pengguna kepada syarikat pengiklanan bukan sesuatu yang baharu kepada gergasi media sosial.

Hal ini kerana, Facebook juga didapati melakukan perkara yang sama pada 2018 dan dikenakan denda sebanyak $5 bilion sebagai sebahagian penyelesaian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat