Twitter Rancang Tambah Baik Fungsi ‘Thread’ Dengan Perkenalkan ‘Notes’

126

‘Update yang dinanti-nantikan. Lepas ni tak payah penat-penat nak sambung dekat tweet lain.’

Laman media sosial microblogging, Twitter bakal memperkenalkan penambahbaikan ciri bebenang (thread) dengan fungsi ‘Notes’ kepada penggunanya tidak lama lagi.

Umumnya, Twitter sering diwarta sebagai laman microblogging iaitu menggabungkan pemesejan segera (instant messaging) dan pengeluaran kandungan (content production) yang diminati oleh sejumlah pengguna termasuk jutawan terkaya dunia, Elon Musk.

Namun, satu ciapan (tweet) hanya boleh memuatkan 280 patah perkataan sahaja dan bagi mengatasi perkara itu pihak Twitter Inc telah lancarkan ciri thread 5 tahun lalu yang membolehkan pengguna membuat rantaian cerita atau berita.

Rentetan itu, pihak Twitter kini difahamkan akan memperkenalkan fungsi Notes pula yang membolehkan pengguna berkongsi penulisan pendek seperti karangan dalam satu tweet.

Menurut sumber, fungsi penulisan panjang tersebut sedang diuji oleh sekumpulan penulis dan Twitter masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai pelancarannya.

Ia secara tidak langsung menambah pengalaman penggunaan terhadap Twitter dan menandakan bahawa syarikat mendengar permintaan para penggunanya.

Di sisi berbeza, syarikat masih lagi terumbang-ambing dengan isu pemerolehan $44 bilion oleh Musk.

Antara kemas kini baharu berkenaan isu pemerolehan tersebut adalah pihak lembaga pengarah Twitter menasihatkan para pemegang saham meluluskan bidaan tersebut.

Setakat ini pemerolehan masih tampak samar dengan Musk memberi pelbagai alasan termasuk masalah bot spam untuk menangguhkan urus niaga.

Setakat artikel ini ditulis, saham Twitter masih lagi jatuh $0.38 (0.98%) pada $38.53.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat